Wednesday, October 29, 2014

Tulisan 3

Sendirian,

Menoleh ke langit , berdoakan akan keajaiban.

Angin bertiup deras, pokok seakan bersujud, daun seakan taufan.

Serpihan habuk masuk kedalam mataku,
Aku gosok kepedihan. Tangisku mataku .
Tapi ia terus bersambung, tidak berhenti.

Tangis itu bukan kerana habuk, tapi kerana hatiku yang kekosongan.

Yatim piatu, hidup kerana ihsan orang.
Hidup kerana murni nurani manusia lain.

Cilaka, aku tidak tagihkan simpati kamu.
Orang kaya semuanya cilaka.

Sedang aku tangis kemarahan, muncul satu bayang.

Aku beranikan diri, tidak melarikan diri. Aku mahu tahu apa itu. Saat ini hidup itu bukan kepentinganku lagi.

Siapa
Tegurku.

Diam. Diam tidak berjawab.

Khuatir. Saat bayang itu muncul semua seakan takut. Sunyi melarikan diri. Kelilingku, mati.

Kamu, mahu apa? 

Suara yang tidak pernahku dengar. Lain suara ini. Lain dari manusia biasa. Aku kaku, kakiku beku.

Aku,
Aku punya anugerah.
Anugerah yang ajaib.
Ajaib yang mampu memakbulkan hajat.
Hajat yang kamu pinta.

Aku kembali seperti biasa,

Aku,
Aku inginkan kekayaan.
Kekayaan yang mampu membuatkan sekalian manusia cemburu.

-Jawabku

Bayang itu tersenyum – mungkin. Tapi aku dapat rasakan dia gembira.

Dalam suara yang menggoyangkan jiwa dia menjawab –
Baiklah.


Pagi muncul,

Aku mengusap mata. Masih lagi mamai dari mimpi semalam. Cilaka betul. Aku mahukan mimpi semalam menjadi nyata.

Lihat sekeliling.

Apa ini?

Ini bukan rumahku. Ini bukan katil ku. Aku tidak pernah punyai katil. Aku dimana?

Seorang perempuan merapati aku, ujarnya aku ini teman lelaki dia. Apa?

Kemudian otakku berfikir, mungkin semalam bukan mimpi. Mungkin inilah realiti.

Gembira.

Kini aku bergelar Tuan. Tuan pada manusia lain. Tuan kepada manusia yang rendah tahapnya. Kini akulah cilaka. Akulah orang kaya cilaka. Tapi aku gembira. Senyumku lebar sepanjang hayatku.

Kereta, jentera inilah yang aku inginkan. Sebelum ini aku hanya berkesempatan menaikki bas. Berhimpit setiap pagi dan petang. Demi mencari rezeki untuk aku hidup.
Paling cilaka ialah aku tidak dapat peluang untuk membawanya. K
erana aku punyai manusia yang memandu kereta ini untuk aku.
Sampai disebuah menara. 
Inikah menara yang pernah aku kerja dahulu? Ya, tetapi aku disini bukan sebagai kuli, tapi sebagai cilaka yang duduk dikerusi bersalut kulit. 
Tidak membuat apa-apa. 
Tidak perlu mengangkat walau satu jari pun untuk sesuap nasi.

4 dekad aku menjalani hidup sebagai Tuan. Wanita bertukar ganti. Tawa aku memikirkan. Menjadi seorang yang cilaka amat menyeronokkan.

Tapi,

Kesoronokkan itu berhenti.

Kedengaran bunyi tembakan diluar kereta aku. Apa yang sedang berlaku?

Aku lihat dengan lebih teliti, itu manusia yang memandu kereta aku. Berlumuran darah. Rebah jatuh ke lantai. Darah jelas kenampakkan dicermin hadapan kereta aku.

Apa yang harus aku lakukan. Patut aku lari? Patut aku duduk diam sahaja?
Sekali lagi, aku kaku, kakiku beku.
Seronok?

Suara ini. Suara ini pernah aku dengar dulu.

Seronok bukan?
Bukankah ini yang kamu mahu?

Aku menangis. Menjadi seorang cilaka bukanlah takdirku. Aku kesal, ianya sudah terlambat.


“Diam, aku mampu terbalikkan semua.
Aku punyai anugerah yang ajaib
Ajaib yang mampu menafikan masa.”

BAIK- Jeritku

Tolong, tolonglah. Sekarang ini hanya nyawa aku sahaja yang aku mahu—

Rayu aku. Tangis tidak berhenti.

“Tapi aku akan ambil sesuatu,
Sesuatu yang kamu punya,
Punya tapi tiada”

Aku keliru dengan permintaan dia. Tapi saat ini, aku tidak mempedulikan apa-apa.
Jadi aku terima.


Hujan.

Hujan menandakan hari yang kembali sepi.
Aku terdiam. Terdiam dihadapan khalayak ramai yang hadir.
Hadir untuk apa?

Untuk mengkebumikan ibu bapaku.

Hujan membasahiku. Tangis tidak lagi bermakna.
Hidup kembali sepi,
Sepi seperti dahulu.


Cilaka.

Saturday, October 25, 2014

Tulisan 2

Berlari didalam kabus,
Pahit mengejarku.
Jauh mana langkah ini menapak,
Hanya nafas penatku tahu.

Hilang akal,
Tiada arah,
Tiada matahari,
Tiada angin,
Kosong.

Berlari didalam kabus –

Sampai disebuah bilik,
Indah hiasannya.
Walau untuk seketika.

Berubah didalam satu detik,
Dosa memenuhi ruang.
Segala bingkai gambar memaparkan dosaku,
Takut.

Aku teruskan berlari.


Berlari didalam kabus –

Izzey

22/10/14

Tulisan 1

Termenungku sendiri,
Terdiam mencari,
Langkahku kaku,
Hatiku, mati.

Mengapa?

Apa yang aku butuhkan?
Hatiku celaru.
Celaru tanpa alasan.
Bodoh,
Bodoh menemani jalan.

Benci,

Benci kerana kekalahanku,
Yang gagal menyentapmu,
Yang gagal meyakinkanmu,
Yang gagal menyayangimu.
Tak seperti dia, yang penuhi segalanya.

Dia,
Jauh lebih baik.
Akalnya, hartanya, rupanya, hatinya, imannya.

Jadi mengapa?

Mengapa harus aku membenci?
Mengapa harus aku celaru sedemikian rupa?

Bingungnya minda.
Pilunya hati.

Tangis menemani aku,
Melihat ke luar jendela,
Merenung ke langit,

Bertanyakan   Aku? Bagaimana?

Kamu Yakin– Jawabnya sang langit

Butuhkan saja aku.




Izzey
22/10/14

Friday, May 2, 2014

Mainan

Petang yang panas, haba yang mendadak naik suhunya ibarat membakar diri tanpa disedari. Ya, itulah dia gambaran petang ditempat aku sedang belajar ini. Siapa sangka, sambung belajar ditahap menara gading ini tiada susahnya ? Tiada cacat celanya ? Ada saja . Itulah hidup. Petang itu aku singgah disebuah gerai milik Cik Kenit . (Ya, mak cik itu kenit. Tapi comel . Jgn tergoda) Seperti biasa, walau panas bagaimanapun, pisang goreng buatan tangan Cik Kenit tetap pujaan hati. Peh , panas-panas makan lagi makanan yang panas . Baru nikmat ya ? Diiringin dengan air kelapa yang menyejukkan hati. Oh, tiada putus nikmat dunia. Sedang enak memandang rezeki didepan mata, aku terganggu dengan bayangan kereta lalu betul-betul disebelah aku. Kereta 'smart car' . Tidak pasti jenama apa. "Pandai sangatlah tu" Bicara aku didalam hati. Kemudian pintu kereta tersebut terbuka. Keluarlah si dia. Ya, si dia yang punyai wajah yang mampu memukau hati seantero dunia. Wajah yang begitu indah , cantik dan rupawan tidak dapat dinikmati dengan kata-kata. Itulah dia , pujaan hati . Aku tergamam. Terdiam seribu bahasa.


"Hoi, nak beli ke tidak?"
Tegur Cik Kenit . Baru aku sedari. Aku berdiri sahaja depan gerai itu tanpa mengutarkan sebarang kata. Namun, tawa si dia melihat aku ditegur oleh Cik Kenit membuat aku gugup dan kaku.

"Takpelah mak cik, dia lupalah tu nak beli apa" si dia bilang. Bebel Cik Kenit menjawab tidak aku dengari. Kemudian wanita itu pun masuk ke kereta dan pandu pergi.

"Amboi, tengok perempuan lawa sampai tak tahu nak beli apa ya ? Apa aku ade jual benda lain ke selain pisang goreng dengan air kelapa ?"
Aku ketawa dengan sindiran Cik Kenit.

Aku pulang kerumah . Minda melayang-layang . Terbayangkan gadis berjaya menambat hati romeo aku ini. Sedang aku menikmati pisang goreng panas dibawah naungan kipas angin siling, aku berfikir. Macam mana aku nak mendekati perempuan tersebut ? Klu yang aku ada hanyalah kereta yang dia guna. Selain itu, tiada apa yang aku ketahui pasal si dia . Lantas minda aku memberi idea . Mungkin kalau aku bersiar dengan kereta aku petang esok , mungkin ada peluang untuk bertemu dengan dia . Sekali lagi ! Bernas ! Sangat bijak ! Tidak aku sangka mindaku sebijak begini . Kalaulah aku pandai macam ini ketika didalam dewan peperiksaan.

"TING"

"Apa lagi ni ?" - kata aku sambil mamai . Pukul tujuh pagi sudah ada orang ganggu . Aku ni bagaikan putera . Kalau tengah beradu , tidak boleh diganggu !


-Kelas pkl 10 jakgi kensel . Korang boleh tido balik . Hihi kbye.-

Itulah mesej yang aku terima . Benci juga aku tengok cara "class rep" aku ni taip . Tapi  ... nak buat macam mana ? Dia seorang yang bertanggungjawab. Kemudian aku tersentak . Kalau kelas pukul sepuluh harini batal , bermakna aku tiada langsung kelas hari ini ! Gembiranya hati ! Siapa yang tidak suka kelas batal iya ?

Jadi petang tu aku keluar . Aku mulakan misi "Pencarian Jodoh" dengan bersiar-siar dalam kawasan universiti . Pusing sini , pusing sana . Tidak jumpa . Jadi aku pergi ke parking lot . Untungnya universiti ini banyak parking lot pelajar . Jadi meratalah tempat mereka parking . Penat juga mencari . Mana tak nya, panas terik . Berlecaklah semua kawasan dibadan aku. Setelah lama sangat berpusing didalam universiti, aku mula ingin berputus asa. Jadi aku parking kereta aku dekat dengan medan selera pelajar. Kebetulan situ ada jual ABC yang sedap dan murah . Sedang aku berjalan, mata aku terpandang seakan objek yang pernah aku nampak. "Jackpot" . Bisik aku . Itulah dia , kereta yang dicari-cari selama ini . Misi aku bersambung semula. Aku tunggu dimedan selera tersebut sehingga tuannya sampai .

"Cilaka betul , dah sejam ni . Mana pulak dia ni ."

Dah tiga mangkuk ABC aku bedal . Tiada langsung wajah perempuan itu kelihatan . Kemudian mata aku tertangkap pula dengan satu kumpulan perempuan berjalan . Dengan gediknya , bergelak tawa . Macam mereka punya dunia. Tetapi, disebalik perempuan-perempuan itu, ada satu wajah yang membuat aku rasa sejuk didalam hati . "HA ! TU DIA !" . Jerit aku . Orang sekeliling pandang . Tapi sekejap saja . Aku buat cool sambil memerhatikan dia menuju ke kereta. 5 orang didalam kumpulan tersebut dan aku tertarik dengan dia. Tajam mata aku memerhatikan kawan dia . Setelah aku analisis kawan-kawan dia , aku ternampak seseorang yang aku kenal . "Eh , itu bukan Syira ?" . Rupanya takdir meletakkan yang kawan aku juga sebenarnya berkawan dengan perempuan itu .

Syira - kawan sekolah aku dahulu. Kebetulan satu universiti dengan aku . Aku ada nombor dia , aku boleh mesej dia . Tapi , apa aku nak cakap ? Aku sudahlah lama tidak bersembang dengan dia . Terakhir kali aku sembang dengan dia masa aku semester dua dahulu . Dia baru semester satu . Sekarang aku sudah semester lima ! Semester terakhir sudah ! Takkan aku nak tanya saja dekat dia pasal kawan dia tu ? Hey , mestilah berkiaskan ?


-Syira, busy ?-
-Tak pun . Kenapa ?-
-Malam free ?-
-.... kenapa ?-
-Jom , keluar makan nak tak ?-
-Boleh aja , tapi dekat-dekat sini ajalah . Aku takde kereta-
-Aku bawaklah kau . Kita pergi bandar . Boleh makan sedap sikit-
-Haa , ikut kau lah . Minyak aku taknak tong-tong-
-Ye , ye -


Berjaya. Tak sangka pula senang . Aku ingatkan susah . Jadi malam tu aku bawa Syira ke tempat yang mewah sikit . Takpe, demi jodoh , semua boleh .


Sejurus selepas makan , selepas sembang kosong pasal pengalama dia dekat universiti, aku arahkan dia ke kawan dia .

"Kau takde kawan cun-cun ke Syira ? Bagilah aku satu" - aku cuba membuat topik .

"Ada je , aku punya kawan semua cun . Aku pun cun . Tapi semua dah ada teman masing-masing. Kau nak ke ? Pancung awek orang ?"

"Kau gila . Tak gentleman lah !"

"Ha , ada sorang ni . Tapi aku tak taktahu lah dia ada boyfriend ke tidak . Aku tak rapat sangat dengan dia . Walau satu rumah , dia selalu balik . Asal cuti je balik . Jadi aku kurang luangkan masa dengan dia."

"Kawan kau yang naik kereta smart car tu ?" - Aku meneka

"Haah .  Eh , mana kau tahu ? Cilaka , stalker ! . Patutlah ajak aku keluar makan . Aku dah agak dah dia ni . Mesti ada sebab punya" - Marah si Syira . Tetapi masih lagi mampu untuk mengukir senyuman dibibir .

"Alah , rileklah . Kitakan kawan lama . Kau tak kasihan dekat aku ? Lama dah membujang ni ?"

Jadi malam itu Syira ceritakan pasal kawan dia dekat aku . Nama dia Ina . Cukup mudah nama diberi. Duduk berdekatan dengan bandar . Jadi orang sinilah . Mak bapak kaya , nak mampus . Anak senang-lenang je dekat rumah . Merupakan anak yang tengah , ada abang , ada adik lelaki . Jadi , dia ni lah paling manja sebab dia seorang saja perempuan.  Senangnya hidup dia ni . Tak payah susah-susah fikir pasal duit. Syira juga beri pada aku nombor talifon dia. Buatnya aku nak mesej ke apa . Jadi senanglah aku nak mengatur langkah . Aku juga upah si Syira ni jadi 'spy' aku . Sebab dia seorang sahaja yang aku kenal dan juga paling dekat dengan Ina. Dengan syarat , aku kena belanja dia makan .

Kelas aku habis pukul empat petang . Jadi sebagai seorang pelajar yang pointer sentiasa jatuh , aku berhasrat untuk menaikkan pointer aku untuk semester terakhir ini . Jadi macam semua pelajar lain yang bijaksana, aku pergi ke perpustakaan . Perpustakaan universiti ini lengkap . Semuanya ada . Meja belajar, ruang majalah , ruang riadah, dan bilik mesyuarat. Seperti biasa, sebagai seorang yang ketagih dengan applikasi Foursquare , aku 'check-in' didalam perpustakaan tersebut . Disebabkan aku 'link' akaun Foursquare aku dengan akaun laman sosial aku , Syira dapat tahu yang aku ada diperpustakaan . Kebetulan dia juga ada didalam perpustakaan . Tapi dia didalam kelas yang terdapat didalam perpustakaan tersebut. Aku beritahu dia , kalau dia sudah hendak habis kelas , mesej aku . Supaya aku dapat mengatur langkah untuk berkenalan dengan Ina.

Sejurus saja Ina keluar dari pintu perpustakaan, aku terus berjalan kearah dia . Berpura-pura untuk langgar dia. Tapi apa yang terjadi selepas itu tidak aku jangka.

"Krak!" - bunyi seperti ada benda yang retak .

" My phone ! NO !" - pertama kali aku dengar Ina jerit.

Lantas aku cepat-cepat menghampiri dia dan meminta maaf .

"I'm so sorry , my bad . Look , I pay for the damages okay ?"

"No it's okay . I wasn't looking where I was walking anyway..." - balas Ina dengan nada sedikit sebak .

Aku terus ambil peluang yang aku ada ini , tidak apalah habis mata wang pun .

"Eh , tak boleh macam ni . Takpa , I bayar berapa saja harga untuk baiki talifon you"

Ina masih menolak dengan menggelengkan kepala . Aku cuba sekali lagi .

"No , it's okay . It's partly my fault . I will take 'No' for an answer. You duduk dekat mana ? Kejap lagi I datang rumah you . Kita pergi kebandar sama-sama . Repair phone you . Boleh ?"

Ina setuju. Dia bagi aku alamat rumah dia. Aku ternampak senyum Syira yang amat sinis itu . Cilaka betul dia ni .

Didalam kereta dia diam saja . Tidak biasa dengan lelaki mungkin . Jadi aku mulakan perbualan . Aku tanya dia pelbagai soalan . Soalan yang sebenarnya aku sudah tahu jawapannya. Terima kasih Syira. Aku pun beritahulah sedikit sebanyak tentang diri aku . Dia akhirnya tidak kekok lagi . Perbualan kami rancak . Seperti kawan yang sudah lama tidak berjumpa, bertemu semula. Pelbagai benda dia leterkan . Kebetulan dia junior aku . Satu 'course' dengan aku . Cuma berlainan semester. Jadi topik yang kami sembang amatlah banyak . Tentang subjek , pensyarah dan macam-macam lagi. Setelah aku hantar talifon dia ke kedai . Aku bawa dia ke kedai makan . Hari pun sudah malam . Jadi apalah salahnya terus ke makan malam kan ? Makin lama , makin petah dia bersembang . Hati aku riang . Aku gembira sangat . Tidak pernah aku segembira ini.

"Esok bawak I ambil talifon boleh? " - tanya Ina pada aku .

"Mestilah boleh. Untuk you , semua boleh"

Ina tidak balas , cuma ketawa . Aku ni kelakar sangatkah ?

Jadi disitulah mulanya pancaran api yang memarakkan lagi hubungan aku dengan Ina . Setelah dua bulan aku keluar dengan dia . Kesini-kesana . (Tahap ini , servis Syira tidak diperlukan lagi) . Aku memberanikan diri untuk bertanyakan pada dia tentang teman lelaki . Aku bertanyakan status dia. Dengan ayat cliche yang amat iaitu "Kita keluar macam ni , boyfriend you tak marah ke?" Ya, amat cliche . Tapi berkesan . Dia menggeleng. Dia menyatakan, "Macam mana nak marah kalau boyfriend pun I takde" . YES . Inilah saatnya .

"Jadi , kalau I nak jadi boyfriend you ?" - merah muka aku sambil mengutarkan ayat ini .

"I terimalah . You pun, ada boyfriend material"- balas Ina selamba.

Tidak aku sangka. Usaha aku selama lebih dua bulan berjaya. Tidak putus aku ajak dia keluar, aku pergi kesana kesini dengan dia . Aku layan dia bak puteri , akhirnya membuahkan hasil .

Sepanjang semester itu aku habiskan kebanyakkan masa aku dengan dia . Kadang-kadang aku keluar dengan kawan-kawan aku juga. Kadang-kadang aku ulangkaji . Bila sampai penghujung semester itu , atau lebih tepat lagi dua hari selepas hari peperiksaan aku yang terakhir . Ina talifon aku . Nada agak sedih dan suram . Dia memberitahu aku untuk bertemua dengan dia dipuncak bukit dimana aku dengan dia selalu habiskan masa melihat matahari terbenam . Aku hairan . Tapi , dapat dengar suara dia pun aku dah gembira macam orang gila . Jadi aku pergi ke bukit tersebut . Aku tunggu dia sampai . Agak lama juga . Dia jarang lewat macam ni .

Hari sudah hendak senja . Aku pun mengambil keputusan untuk pulang . Setelah 23 kali aku talifon tidak dijawab dan 15 mesej tidak dibalas. Sedang aku berjalan ke kereta , muncul kereta dia. Dia keluar dari kereta . Muka serious . Seakan-akan gelisah .

"You , kenapa ni ?" - tanya aku .

"I ada benda nak beritahu you ni . Sebenarnya I , kene break dengan you"

"Eh kejap , kenapa ? Kenapa tiba-tiba ? Haritu bukan main happy lagi ? Harini tiba-tiba nak break ? Gila ?" - aku marah . Aku ingin mencarut.  Tapi aku tahankan lagi.

"Sabar you , dengar dulu I nak cakap apa. Sebenarnya. I dah kahwin . Tapi , husband I pergi oversea for the past few months . I was so lonely . Dia busy sangat sampai I macam tak wujud . Then you came along . You buat I macam segala-galanya bagi you . Then , when you confessed . I terima . Sebab waktu itu, I nak sangat you disisi I . I --- "

"wait , the f*****g minute. So all this while , I was just a doll ? All this while , it wasn't real ? Jadi I ni bertepuk sebelah tangan jelah ? I ni bercinta seorang diri ajelah ?"

"Please, Amir . Please calm down . Ini semuanya real . Ini semua cinta kita . Tapi , lepas husband I balik dari oversea , takkan I nak cakap yang I nak tinggalkan dia ? I kenal dia sebelum you Amir . Tolonglah faham Amir . Kita takkan boleh bersama. The moment he came back , I knew my love for you wasn't true. Itu cuma alasa untuk I penuh ruang hati I yang kosong . Please Amir, forgive me . I know you will . You are a very gentle man . A decent guy with a lovable heart. I know you can forgive me"


Aku tak balas . Aku cuma diam . Terpaku. Sebagaimana aku terpaku saat pertama kali aku jumpa dia . Begitulah aku .
Tidak mampu untuk mengutar kata,
Beribu bayangan bermain diminda,
Jiwa aku kacau bagai hendak gila,
Rupanya cinta aku selamanya ini buta.

Setelah aku pulang kerumah . Aku duduk seorang diri diatas buaian rumah aku . Tapi , aku tidak buai . Cuma duduk sahaja . Adakah orang didalam dunia ini yang duduk sahaja diatas buaian tapi tidak dibuaikan ?

Malam yang sama . Aku tunggu dihujung lorong rumah Ina. Aku sudah lalu didepan rumah dia. Kereta dia tiada . Mungkin dia keluar . Jadi aku teruskan menunggu . Cilaka . Dia buat apa sampai lewat malam macam ini tidak pulang lagi .

Cahaya bersinar dihadapan aku . Di hujung lorong tersebut . Kereta Ina . Itu dia . Itu dia . Itu dia . Dia parking didepan pagar . Aku memecut kereta . Aku teruskan menekan minyak . Sudah gear ke tiga. Aku teruskan lagi . Dia keluar dari kereta . Seakan menjerit . Tapi tidak bergerak . Aku teruskan menekan minyak . Hingga ke maximum . Dan .......


Memori terakhir aku ialah aku melayang keluar dari cermin tingkap . Aku jatuh . Jauh . Aku rasa . Aku sudah hilang persepsi . Aku berjaya . Yang aku tahu , aku berjaya .



"Tahniah . Kau berjaya langgar dia." - siapa dia ni ? Macam mana dia boleh ada dekat sini ?

"Oh lupa, aku datang untuk kau sebenarnya. Dia ada client dia sendiri . Tapi sayang . Misi gagal" -  apa yang dia cakap ni ? Kalau aku boleh bangun aku dah tampar dia .

"Yang kau langgar tu , bukan Ina . Tapi bapak dia . Kelakar . Kelakar sangat . Bapak dia pun mati juga . Kesian kau . Tidak apalah . Sekurang-kurangnya kau mampu menarik satu nyawa sekali dengan kau." - sekali lagi aku bingung . Tapi , melalui apa yang dia cakap , aku tahu . Aku sudah pergi . Dari bumi . Dari dunia ini .

Menggunakkan nafas aku yang terakhir aku luahkan ,

"Kalau , aku .. tidak.. dapat dia ......
tak siapa .... boleh"

kata-kata terakhir aku . Sebelum aku ikut dia . Pergi ke Alam dia .

Selamat tinggal Ina , lebih kurang 9 bulan nanti aku datang balik ya ? - Maut .


Wednesday, August 7, 2013

Aria

"Janganlah pejam, tengoklah"
"Kenapa kau pejam ? Bukan kau pernah tgk sebelum ni ?"
"Atau , kau dah lupa?"


Aria, kekasih hati aku selama tiga tahun. Aku kenal dia lebih dari orang lain kenal dia. Tapi, apakan daya, hati dia aku tahkluk untuk sementara waktu sahaja . Gael, lelaki yang kacak, tinggi, kaya dan berpendidikan. Memiliki segala apa sahaja yang wanita mampu minta dari lelaki. Baik orangnya, sopan santun dan berbudi bicara. Tapi itulah, setiap kali aku lihat muka Gael, hati aku rasa tak tenteram. Rasa membakar , rasa keji , rasa benci yang kesumat .

Tak senang aku nak dapatkan perempuan sempurna seperti Aria. Ya, semua orang tidak sempurna, semua orang ade cacat celanya . Tapi bagi aku , Aria tidak ada cacat cela . Cantik rupawan yang dihias dgn budi pekerti. Dibelakangi pendidikan yang tinggi. Nak dibanding dengan aku ? Ibarat Helang dan Gagak . Tak mungkin boleh setaraf .

"Ini kad jemputan majlis perkahwinan kami, datanglah Blial ! Kau mesti datang ! Tak meriahlah kalau kau tidak ada ! Sedih aku nanti"-Aria

Waktu aku terima kad itu , hati aku macam dikoyak bak kertas . Dipecah bak kaca . Mulai saat itu , aku menjadi "gelap'. Kerana sinar mentari yang selalu menyinar aku selama ini, sudah tiada lagi. Sinar tersebut mula menyinar hanya untuk seorang, Gael. Apa daya aku ? Aku tak boleh buat apa-apa langsung. Dia bakal kahwin, dan aku patut terima . Dia bukan milik aku lagi dan aku patut telan saja fakta itu .

Setengah tahun selepas itu , keluar cahaya mata mereka yang pertama . Tidak dapat dinafikan keindahan wajah bayi perempuan itu. Comel, seperti ibunya . "Itu sepatutnya peluang aku" . Tapi Gael rampas . Dengan selamba kerana dia ada segalanya . Seperti Perwira Gagah Putih menaiki kudanya. Aku ? hanya seorang pelawak yang setia mengembirakan hati raja ketika dia bosan.

Aku takkan lepaskan Aria , aku takkan pernah lupakan dia . Aku cari mereka walaupun sudah lapan tahun tidak bertemu muka gara gara Gael membawa Aria pergi ke luar negara atas urusan kerja selepas anak pertama mereka lahir . Aku jangkakan mereka ada lagi zuriat yang lain, tapi tidak, Fer sajalah anak mereka . "Kalau kau tidak tinggalkan aku demi Gael, aku sudah bagi kau lima lagi zuriat".

Muka Fer yang kini sudah lapan tahun amatlah comel. Saling tidak tumpah seperti ibunya. Berdiri dibelakan Fer , bapanya Gael yang kini sudah hilang badan dia yang sasa. Sudah botak ditengah kepala . Gara-gara tertekan dengan kerja rasanya.

Aku menghampiri mereka, aku tegur dengan alasan "terserempak" . Aria kini sudah berisi sedikit . Yelah, sudah berkahwin. Tapi, kecantikannya itu masih ada. Kekal hingga ke akhir hayat . Aria agak terkejut terjumpa aku disitu. Terakhir kali dia jumpa ialah waktu dia mengadakan parti untuk Fer ketika Fer baru lahir. Gael, seperti biasa dengan berlagaknya berjalan kearah aku dan bertanya , "Apa kau buat sekarang ni Blial? Masih lagi kerja jadi pegawai keselamatan di syarikat ubat tu ?" . Aku hanya tersenyum dan menjelaskan kepada dia yang sekarang ini , aku ialah seorang pegawai polis. Kebetulan, hari aku cuti ini aku terjumpa mereka. Aria masih lagi tidak tahu mahu bicara apa dengan aku. Kejanggalan setelah sekian lama tidak jumpa masih lagi ada.

Fer, salam dan cium tangan aku. Bagus budak ini. Dibesarkan dengan adab. Aku lantas bertanya, "Apa kamu buat dekat sini? Bukan kamu berpindah ke Ontario selepas Fer lahir?" . Gael sebenarnya berhenti berkerja di Ontario kerana tekanan yang diberi amatlah kuat dan dia sedar hidup berkerja ini lebih jauh hebat dari semasa beliau belajar . Dalam hati , aku ucapkan dia "selamat datang ke Neraka" . Gael dan Aria gabungkan duit simpanan mereka untuk beli rumah di kawasan yang berdekatan tempat aku tinggal. Gael akan berkerja di syarikat ubat yang terkenal. Dia berkerja sebagai pembantu Dr Hendrick Heinemann. Seorang yang tersohor dalam bidang perubatan.

Malam itu, aku pergi ke bar sambil menikmati beberapa minuman keras. Hati aku berbisik, inilah masanya. Gael bukan lagi ancaman . Dia sudah botak ! sudah gemuk ! Kau ? Kau masih lagi sasa ! Pegawai penyiasat pula tu ! . Ya, esoknya aku pergi ke rumah Aria. Melawat dia sambil berbicara tentang kehidupan beliau di Ontario. Fer masih disekolah, kokurikulum sampai ke petang. Gael kerja, mungkin sampai ke malam. Aku ada satu hari untuk menjalankan "misi" aku terhadap Aria.

Aria mengaku, ada pelbagai masalah dengan Gael, dia sedar cinta dia sebenarnya salah dan patutnya dia bersabar dan kekal bersama aku. Kini Aria ada semuanya kecuali suami yang tidak menarik hati . Bosan diranjang dan tidak aktif . Dia mahukan lelaki seperti aku sekarang ini. Lelaki yang kerja yang menghadapi maut setiap masa . Lebih 'ekstrim' . Aku hanya senyum dan mengangguk sahaja mendengar luahan hati Aria.

"Dia tidak tahu apa yang aku mahu buat pada dia"

Ketika Aria kedapur untuk menambah semula air, aku semburkan chloroform pada sapu tangan aku dan aku nantikan dia dari dapur . Duduk sahaja aku terus terkam dan tadahkan sapu tangan tersebut dimulut dia . Setelah beberapa saat bergelut, dia pengsan.

Aria celik mata dan menjerit melihat suaminya terikat pada tiang dihadapannya dengan keadaan berdarah dan lemah . Tapi Gael masih lagi sedar . Aku membawa mereka ke sebuah gudang yang kini tidak lagi digunakkan. Jauh dari penempatan manusia . Tidak ada roh yang hidup selain roh kami. Aku , Aria, Gael, dan........ Fer.

Aku mahu mereka rasa apa yang aku rasa, lebih dari sepuluh tahun aku melihat drama cinta mereka . Dari mereka bercinta sehingga mereka berkahwin . Tidak cukup dengan itu , mereka hilang dari pandangan aku selama lapan tahun . Tapi itu tidak menghentikan aku untuk mencari mereka .

"KAU SUDAH GILAKAH BLIAL ? APA YANG KAU BUAT NI ? LEPASKAN KAMI , TOLONG ! TOLONGLAH !" Teriak Aria.
"Jeritlah, jeritlah sekuat mana pun yang kau mahu Aria, aku tidak kisah. Gudang ini amatlah jauh dari bandar dan tidak digunakan lagi. Tiada siapa yang ada disini melainkan kita !"
"APA YANG KAU MAHU BLIAL ? TOLONGLAH LEPASKAN AKU ! TOLONGLAH ! Aku boleh bagi kau apa sahaja yang kau mahu, APA SAHAJA! "

Apa sahaja ? Malangnya sudah terlambat , apa yang aku mahu dari Aria sudah pun tiada. Kini yang tinggal hanyalah dendam , dan perasaan benci yang membuak . Ya , itulah apa yang aku mahu . Aku berjalan dan aku ambil besi yang panjangnya sedepa dan aku bakar besi tersebut dalam relau . Gudang tersebut merupakan bekas kilang untuk pembuatan pagar dan grill.

"BERHENTI ! NANTI ! KAU TIDAK BOLEH BUAT MACAM NI ! JANGAN BLIAL JANGAN !"

"Kau biarkan hati aku membakar selama ini. Kau biarkan aku kecewa, kau biarkan aku mencintai kau tapi selepas itu kau buang semuanya ! Kau kejam . Kau betina cilaka . Sekarang kau akan rasa betapa 'panas' hati aku bila aku nampak kau dan Gael bersama"

Aku cucuh besi panas itu ke perut Gael . Dia menjerit sekuat hati sehingga menangis.

"TENGOK NI FER ! JANGAN PERNAH SESEKALI KAU PEJAM MATA !"

Fer yang sebelum ini menangis tanpa suara , teriak seperti orang gila . Puas aku cucuh sampai berlubang perut Gael . Terkeluar segal apa isi perutnya. Kini , giliran Aria. "Untuk kau Aria , aku cucuh dijantung"
Biar dia rasa betapa lajunya jantung aku berdegup setiap kali aku nampak dia ! Biar dia rasa betapa sakitnya jantung aku bila dia tinggalkan aku !

"PANAS , PANAS , PANAS , TOLONG HENTIKAN"

Aku berhenti setelah kelihatan kulit dia yang terbakar . Aku lupa, bukan sahaja jantung , malah mulut dia yang manis itu juga adalah Syaitan yang menggoda aku . Aku panaskan besi tersebut dalam relau dan kemudian , dengan api masih membara dihujung besi tersebut aku cucuh kedalam mulut Aria . Aria kini menjerit seperti bayi baru lahir . Entah apa yang dia ujarkan . Sepatah pun aku tidak faham . Aku lihat Gael. Masih hidup , tapi amat lah lemah . Pernafasannya amatlah pelan berbanding sebentar tadi. Aku cakap pada Gael , "Tengoklah apa pegawai keselamatan boleh buat pada kau" . Aku cucuh besi itu ke muka dia . Lantas besi yang kian cair itu membakar muka dia .

Ini , belum berakhir . Aku siramkan gasolin keseluruh badan mereka berdua dan aku bakar mereka. Aku duduk disebelah Fer yang diikat pada kerusi . Mata dia terbeliak . Kejadian pembunuhan ibu dan bapa dia berlaku didepan mata dan dia tidak boleh membuat apa apa pun. Aku duduk disitu dengan puas . Puas segala dendam didalam hati aku . 'Kelaparan' aku yang dulu ditidak boleh dikenyangi kini sudah tiada. Aku ambil video kamera aku dan aku halakan kepada Fer sambil berkata -

"Janganlah pejam, tengoklah . Cantikkan ?"

Fer dijumpai oleh seorang pasangan tua yang sedang berjogging ditaman . Taman dimana aku tinggalkan dia . Disebabkan kejadian tersebut dia bisu . Aku kebal . Bukti sudah aku hapuskan . Satu-satunya saksi kini bisu. Aku tak perlu risau langsung . Fer ditempatkan di hospital gila untuk rawatan traumanya . Ini gara-gara dia sentiasa menangis dan sentiasa lari dari orang . Pasangan tua tersebut terpaksa menghubungi pihak hospital . Mereka tidak mahu , tapi mereka tiada pilihan lain.


17 tahun selepas itu , aku masih lagi tidak lepaskan Fer dari pemerhatian aku . Aku tidak berkahwin , aku sudah bersara dari menjadi polis. Kini aku hidup dengan duit pemberian kerajaan sahaja . Fer kini berkerja di sebuah perpustakaan berdekatan dengan tempat dia tinggal . Dia tinggal dirumah peninggalan keluarga dia. Keseorangan kerana tiada siapa mahu berkawan dengan 'orang gila' .

Pada suatu malam Fer diculik oleh seorang lelaki , yang menarik dia masuk kedalam kereta , pukul Fer sehingga pengsan dan terus pandu pergi dengan laju. Lelaki tersebut membawa Fer ke sebuah rumah diluar bandar . Fer dibawa ke dalam bilik bawah tanah rumah tersebut. Setelah sedar dari pengsan, Fer cuba melarikan diri dan meminta tolong, tapi kaki dan tangan dia diikat pada kerusi . Lelaki tersebut menghampiri Fer dari belakang . Didepan Fer ada sebuah tv dan pemain video.

"Kau dah lupakah Fer? Apa yang mereka buat dekat kau dihospital sampai kau lupa ?"

Fer cuba bergelut tapi itu hanyalah sia-sia . Ikatan itu amatlah ketat. Lelaki itu mainkan video pada tv tersebut dan memaksa Fer untuk melihat . Fer tergamam . Air mata dia mengalir dengan lebih deras.

"Ingat tak Fer? Ingat tak ? Tahu tak siapa yang buat tu ? AKULAH !"
"Kenapa kau pejam Fer? Lihatlah Fer ! LIHAT ! LIHAT BAGAIMANA MAK BAPAK ENGKAU MATI !"

"Kau ingat kau aku lupa akan giliran kan ? Tak , aku masih ingat . Aku takkan lupa ." - kata lelaki tersebut sambil memanaskan besi panjang didalam relau.

"Blial"

Pretty face and electric soul