Friday, May 2, 2014

Mainan

Petang yang panas, haba yang mendadak naik suhunya ibarat membakar diri tanpa disedari. Ya, itulah dia gambaran petang ditempat aku sedang belajar ini. Siapa sangka, sambung belajar ditahap menara gading ini tiada susahnya ? Tiada cacat celanya ? Ada saja . Itulah hidup. Petang itu aku singgah disebuah gerai milik Cik Kenit . (Ya, mak cik itu kenit. Tapi comel . Jgn tergoda) Seperti biasa, walau panas bagaimanapun, pisang goreng buatan tangan Cik Kenit tetap pujaan hati. Peh , panas-panas makan lagi makanan yang panas . Baru nikmat ya ? Diiringin dengan air kelapa yang menyejukkan hati. Oh, tiada putus nikmat dunia. Sedang enak memandang rezeki didepan mata, aku terganggu dengan bayangan kereta lalu betul-betul disebelah aku. Kereta 'smart car' . Tidak pasti jenama apa. "Pandai sangatlah tu" Bicara aku didalam hati. Kemudian pintu kereta tersebut terbuka. Keluarlah si dia. Ya, si dia yang punyai wajah yang mampu memukau hati seantero dunia. Wajah yang begitu indah , cantik dan rupawan tidak dapat dinikmati dengan kata-kata. Itulah dia , pujaan hati . Aku tergamam. Terdiam seribu bahasa.


"Hoi, nak beli ke tidak?"
Tegur Cik Kenit . Baru aku sedari. Aku berdiri sahaja depan gerai itu tanpa mengutarkan sebarang kata. Namun, tawa si dia melihat aku ditegur oleh Cik Kenit membuat aku gugup dan kaku.

"Takpelah mak cik, dia lupalah tu nak beli apa" si dia bilang. Bebel Cik Kenit menjawab tidak aku dengari. Kemudian wanita itu pun masuk ke kereta dan pandu pergi.

"Amboi, tengok perempuan lawa sampai tak tahu nak beli apa ya ? Apa aku ade jual benda lain ke selain pisang goreng dengan air kelapa ?"
Aku ketawa dengan sindiran Cik Kenit.

Aku pulang kerumah . Minda melayang-layang . Terbayangkan gadis berjaya menambat hati romeo aku ini. Sedang aku menikmati pisang goreng panas dibawah naungan kipas angin siling, aku berfikir. Macam mana aku nak mendekati perempuan tersebut ? Klu yang aku ada hanyalah kereta yang dia guna. Selain itu, tiada apa yang aku ketahui pasal si dia . Lantas minda aku memberi idea . Mungkin kalau aku bersiar dengan kereta aku petang esok , mungkin ada peluang untuk bertemu dengan dia . Sekali lagi ! Bernas ! Sangat bijak ! Tidak aku sangka mindaku sebijak begini . Kalaulah aku pandai macam ini ketika didalam dewan peperiksaan.

"TING"

"Apa lagi ni ?" - kata aku sambil mamai . Pukul tujuh pagi sudah ada orang ganggu . Aku ni bagaikan putera . Kalau tengah beradu , tidak boleh diganggu !


-Kelas pkl 10 jakgi kensel . Korang boleh tido balik . Hihi kbye.-

Itulah mesej yang aku terima . Benci juga aku tengok cara "class rep" aku ni taip . Tapi  ... nak buat macam mana ? Dia seorang yang bertanggungjawab. Kemudian aku tersentak . Kalau kelas pukul sepuluh harini batal , bermakna aku tiada langsung kelas hari ini ! Gembiranya hati ! Siapa yang tidak suka kelas batal iya ?

Jadi petang tu aku keluar . Aku mulakan misi "Pencarian Jodoh" dengan bersiar-siar dalam kawasan universiti . Pusing sini , pusing sana . Tidak jumpa . Jadi aku pergi ke parking lot . Untungnya universiti ini banyak parking lot pelajar . Jadi meratalah tempat mereka parking . Penat juga mencari . Mana tak nya, panas terik . Berlecaklah semua kawasan dibadan aku. Setelah lama sangat berpusing didalam universiti, aku mula ingin berputus asa. Jadi aku parking kereta aku dekat dengan medan selera pelajar. Kebetulan situ ada jual ABC yang sedap dan murah . Sedang aku berjalan, mata aku terpandang seakan objek yang pernah aku nampak. "Jackpot" . Bisik aku . Itulah dia , kereta yang dicari-cari selama ini . Misi aku bersambung semula. Aku tunggu dimedan selera tersebut sehingga tuannya sampai .

"Cilaka betul , dah sejam ni . Mana pulak dia ni ."

Dah tiga mangkuk ABC aku bedal . Tiada langsung wajah perempuan itu kelihatan . Kemudian mata aku tertangkap pula dengan satu kumpulan perempuan berjalan . Dengan gediknya , bergelak tawa . Macam mereka punya dunia. Tetapi, disebalik perempuan-perempuan itu, ada satu wajah yang membuat aku rasa sejuk didalam hati . "HA ! TU DIA !" . Jerit aku . Orang sekeliling pandang . Tapi sekejap saja . Aku buat cool sambil memerhatikan dia menuju ke kereta. 5 orang didalam kumpulan tersebut dan aku tertarik dengan dia. Tajam mata aku memerhatikan kawan dia . Setelah aku analisis kawan-kawan dia , aku ternampak seseorang yang aku kenal . "Eh , itu bukan Syira ?" . Rupanya takdir meletakkan yang kawan aku juga sebenarnya berkawan dengan perempuan itu .

Syira - kawan sekolah aku dahulu. Kebetulan satu universiti dengan aku . Aku ada nombor dia , aku boleh mesej dia . Tapi , apa aku nak cakap ? Aku sudahlah lama tidak bersembang dengan dia . Terakhir kali aku sembang dengan dia masa aku semester dua dahulu . Dia baru semester satu . Sekarang aku sudah semester lima ! Semester terakhir sudah ! Takkan aku nak tanya saja dekat dia pasal kawan dia tu ? Hey , mestilah berkiaskan ?


-Syira, busy ?-
-Tak pun . Kenapa ?-
-Malam free ?-
-.... kenapa ?-
-Jom , keluar makan nak tak ?-
-Boleh aja , tapi dekat-dekat sini ajalah . Aku takde kereta-
-Aku bawaklah kau . Kita pergi bandar . Boleh makan sedap sikit-
-Haa , ikut kau lah . Minyak aku taknak tong-tong-
-Ye , ye -


Berjaya. Tak sangka pula senang . Aku ingatkan susah . Jadi malam tu aku bawa Syira ke tempat yang mewah sikit . Takpe, demi jodoh , semua boleh .


Sejurus selepas makan , selepas sembang kosong pasal pengalama dia dekat universiti, aku arahkan dia ke kawan dia .

"Kau takde kawan cun-cun ke Syira ? Bagilah aku satu" - aku cuba membuat topik .

"Ada je , aku punya kawan semua cun . Aku pun cun . Tapi semua dah ada teman masing-masing. Kau nak ke ? Pancung awek orang ?"

"Kau gila . Tak gentleman lah !"

"Ha , ada sorang ni . Tapi aku tak taktahu lah dia ada boyfriend ke tidak . Aku tak rapat sangat dengan dia . Walau satu rumah , dia selalu balik . Asal cuti je balik . Jadi aku kurang luangkan masa dengan dia."

"Kawan kau yang naik kereta smart car tu ?" - Aku meneka

"Haah .  Eh , mana kau tahu ? Cilaka , stalker ! . Patutlah ajak aku keluar makan . Aku dah agak dah dia ni . Mesti ada sebab punya" - Marah si Syira . Tetapi masih lagi mampu untuk mengukir senyuman dibibir .

"Alah , rileklah . Kitakan kawan lama . Kau tak kasihan dekat aku ? Lama dah membujang ni ?"

Jadi malam itu Syira ceritakan pasal kawan dia dekat aku . Nama dia Ina . Cukup mudah nama diberi. Duduk berdekatan dengan bandar . Jadi orang sinilah . Mak bapak kaya , nak mampus . Anak senang-lenang je dekat rumah . Merupakan anak yang tengah , ada abang , ada adik lelaki . Jadi , dia ni lah paling manja sebab dia seorang saja perempuan.  Senangnya hidup dia ni . Tak payah susah-susah fikir pasal duit. Syira juga beri pada aku nombor talifon dia. Buatnya aku nak mesej ke apa . Jadi senanglah aku nak mengatur langkah . Aku juga upah si Syira ni jadi 'spy' aku . Sebab dia seorang sahaja yang aku kenal dan juga paling dekat dengan Ina. Dengan syarat , aku kena belanja dia makan .

Kelas aku habis pukul empat petang . Jadi sebagai seorang pelajar yang pointer sentiasa jatuh , aku berhasrat untuk menaikkan pointer aku untuk semester terakhir ini . Jadi macam semua pelajar lain yang bijaksana, aku pergi ke perpustakaan . Perpustakaan universiti ini lengkap . Semuanya ada . Meja belajar, ruang majalah , ruang riadah, dan bilik mesyuarat. Seperti biasa, sebagai seorang yang ketagih dengan applikasi Foursquare , aku 'check-in' didalam perpustakaan tersebut . Disebabkan aku 'link' akaun Foursquare aku dengan akaun laman sosial aku , Syira dapat tahu yang aku ada diperpustakaan . Kebetulan dia juga ada didalam perpustakaan . Tapi dia didalam kelas yang terdapat didalam perpustakaan tersebut. Aku beritahu dia , kalau dia sudah hendak habis kelas , mesej aku . Supaya aku dapat mengatur langkah untuk berkenalan dengan Ina.

Sejurus saja Ina keluar dari pintu perpustakaan, aku terus berjalan kearah dia . Berpura-pura untuk langgar dia. Tapi apa yang terjadi selepas itu tidak aku jangka.

"Krak!" - bunyi seperti ada benda yang retak .

" My phone ! NO !" - pertama kali aku dengar Ina jerit.

Lantas aku cepat-cepat menghampiri dia dan meminta maaf .

"I'm so sorry , my bad . Look , I pay for the damages okay ?"

"No it's okay . I wasn't looking where I was walking anyway..." - balas Ina dengan nada sedikit sebak .

Aku terus ambil peluang yang aku ada ini , tidak apalah habis mata wang pun .

"Eh , tak boleh macam ni . Takpa , I bayar berapa saja harga untuk baiki talifon you"

Ina masih menolak dengan menggelengkan kepala . Aku cuba sekali lagi .

"No , it's okay . It's partly my fault . I will take 'No' for an answer. You duduk dekat mana ? Kejap lagi I datang rumah you . Kita pergi kebandar sama-sama . Repair phone you . Boleh ?"

Ina setuju. Dia bagi aku alamat rumah dia. Aku ternampak senyum Syira yang amat sinis itu . Cilaka betul dia ni .

Didalam kereta dia diam saja . Tidak biasa dengan lelaki mungkin . Jadi aku mulakan perbualan . Aku tanya dia pelbagai soalan . Soalan yang sebenarnya aku sudah tahu jawapannya. Terima kasih Syira. Aku pun beritahulah sedikit sebanyak tentang diri aku . Dia akhirnya tidak kekok lagi . Perbualan kami rancak . Seperti kawan yang sudah lama tidak berjumpa, bertemu semula. Pelbagai benda dia leterkan . Kebetulan dia junior aku . Satu 'course' dengan aku . Cuma berlainan semester. Jadi topik yang kami sembang amatlah banyak . Tentang subjek , pensyarah dan macam-macam lagi. Setelah aku hantar talifon dia ke kedai . Aku bawa dia ke kedai makan . Hari pun sudah malam . Jadi apalah salahnya terus ke makan malam kan ? Makin lama , makin petah dia bersembang . Hati aku riang . Aku gembira sangat . Tidak pernah aku segembira ini.

"Esok bawak I ambil talifon boleh? " - tanya Ina pada aku .

"Mestilah boleh. Untuk you , semua boleh"

Ina tidak balas , cuma ketawa . Aku ni kelakar sangatkah ?

Jadi disitulah mulanya pancaran api yang memarakkan lagi hubungan aku dengan Ina . Setelah dua bulan aku keluar dengan dia . Kesini-kesana . (Tahap ini , servis Syira tidak diperlukan lagi) . Aku memberanikan diri untuk bertanyakan pada dia tentang teman lelaki . Aku bertanyakan status dia. Dengan ayat cliche yang amat iaitu "Kita keluar macam ni , boyfriend you tak marah ke?" Ya, amat cliche . Tapi berkesan . Dia menggeleng. Dia menyatakan, "Macam mana nak marah kalau boyfriend pun I takde" . YES . Inilah saatnya .

"Jadi , kalau I nak jadi boyfriend you ?" - merah muka aku sambil mengutarkan ayat ini .

"I terimalah . You pun, ada boyfriend material"- balas Ina selamba.

Tidak aku sangka. Usaha aku selama lebih dua bulan berjaya. Tidak putus aku ajak dia keluar, aku pergi kesana kesini dengan dia . Aku layan dia bak puteri , akhirnya membuahkan hasil .

Sepanjang semester itu aku habiskan kebanyakkan masa aku dengan dia . Kadang-kadang aku keluar dengan kawan-kawan aku juga. Kadang-kadang aku ulangkaji . Bila sampai penghujung semester itu , atau lebih tepat lagi dua hari selepas hari peperiksaan aku yang terakhir . Ina talifon aku . Nada agak sedih dan suram . Dia memberitahu aku untuk bertemua dengan dia dipuncak bukit dimana aku dengan dia selalu habiskan masa melihat matahari terbenam . Aku hairan . Tapi , dapat dengar suara dia pun aku dah gembira macam orang gila . Jadi aku pergi ke bukit tersebut . Aku tunggu dia sampai . Agak lama juga . Dia jarang lewat macam ni .

Hari sudah hendak senja . Aku pun mengambil keputusan untuk pulang . Setelah 23 kali aku talifon tidak dijawab dan 15 mesej tidak dibalas. Sedang aku berjalan ke kereta , muncul kereta dia. Dia keluar dari kereta . Muka serious . Seakan-akan gelisah .

"You , kenapa ni ?" - tanya aku .

"I ada benda nak beritahu you ni . Sebenarnya I , kene break dengan you"

"Eh kejap , kenapa ? Kenapa tiba-tiba ? Haritu bukan main happy lagi ? Harini tiba-tiba nak break ? Gila ?" - aku marah . Aku ingin mencarut.  Tapi aku tahankan lagi.

"Sabar you , dengar dulu I nak cakap apa. Sebenarnya. I dah kahwin . Tapi , husband I pergi oversea for the past few months . I was so lonely . Dia busy sangat sampai I macam tak wujud . Then you came along . You buat I macam segala-galanya bagi you . Then , when you confessed . I terima . Sebab waktu itu, I nak sangat you disisi I . I --- "

"wait , the f*****g minute. So all this while , I was just a doll ? All this while , it wasn't real ? Jadi I ni bertepuk sebelah tangan jelah ? I ni bercinta seorang diri ajelah ?"

"Please, Amir . Please calm down . Ini semuanya real . Ini semua cinta kita . Tapi , lepas husband I balik dari oversea , takkan I nak cakap yang I nak tinggalkan dia ? I kenal dia sebelum you Amir . Tolonglah faham Amir . Kita takkan boleh bersama. The moment he came back , I knew my love for you wasn't true. Itu cuma alasa untuk I penuh ruang hati I yang kosong . Please Amir, forgive me . I know you will . You are a very gentle man . A decent guy with a lovable heart. I know you can forgive me"


Aku tak balas . Aku cuma diam . Terpaku. Sebagaimana aku terpaku saat pertama kali aku jumpa dia . Begitulah aku .
Tidak mampu untuk mengutar kata,
Beribu bayangan bermain diminda,
Jiwa aku kacau bagai hendak gila,
Rupanya cinta aku selamanya ini buta.

Setelah aku pulang kerumah . Aku duduk seorang diri diatas buaian rumah aku . Tapi , aku tidak buai . Cuma duduk sahaja . Adakah orang didalam dunia ini yang duduk sahaja diatas buaian tapi tidak dibuaikan ?

Malam yang sama . Aku tunggu dihujung lorong rumah Ina. Aku sudah lalu didepan rumah dia. Kereta dia tiada . Mungkin dia keluar . Jadi aku teruskan menunggu . Cilaka . Dia buat apa sampai lewat malam macam ini tidak pulang lagi .

Cahaya bersinar dihadapan aku . Di hujung lorong tersebut . Kereta Ina . Itu dia . Itu dia . Itu dia . Dia parking didepan pagar . Aku memecut kereta . Aku teruskan menekan minyak . Sudah gear ke tiga. Aku teruskan lagi . Dia keluar dari kereta . Seakan menjerit . Tapi tidak bergerak . Aku teruskan menekan minyak . Hingga ke maximum . Dan .......


Memori terakhir aku ialah aku melayang keluar dari cermin tingkap . Aku jatuh . Jauh . Aku rasa . Aku sudah hilang persepsi . Aku berjaya . Yang aku tahu , aku berjaya .



"Tahniah . Kau berjaya langgar dia." - siapa dia ni ? Macam mana dia boleh ada dekat sini ?

"Oh lupa, aku datang untuk kau sebenarnya. Dia ada client dia sendiri . Tapi sayang . Misi gagal" -  apa yang dia cakap ni ? Kalau aku boleh bangun aku dah tampar dia .

"Yang kau langgar tu , bukan Ina . Tapi bapak dia . Kelakar . Kelakar sangat . Bapak dia pun mati juga . Kesian kau . Tidak apalah . Sekurang-kurangnya kau mampu menarik satu nyawa sekali dengan kau." - sekali lagi aku bingung . Tapi , melalui apa yang dia cakap , aku tahu . Aku sudah pergi . Dari bumi . Dari dunia ini .

Menggunakkan nafas aku yang terakhir aku luahkan ,

"Kalau , aku .. tidak.. dapat dia ......
tak siapa .... boleh"

kata-kata terakhir aku . Sebelum aku ikut dia . Pergi ke Alam dia .

Selamat tinggal Ina , lebih kurang 9 bulan nanti aku datang balik ya ? - Maut .


No comments:

Post a Comment

Pretty face and electric soul