Wednesday, October 29, 2014

Tulisan 3

Sendirian,

Menoleh ke langit , berdoakan akan keajaiban.

Angin bertiup deras, pokok seakan bersujud, daun seakan taufan.

Serpihan habuk masuk kedalam mataku,
Aku gosok kepedihan. Tangisku mataku .
Tapi ia terus bersambung, tidak berhenti.

Tangis itu bukan kerana habuk, tapi kerana hatiku yang kekosongan.

Yatim piatu, hidup kerana ihsan orang.
Hidup kerana murni nurani manusia lain.

Cilaka, aku tidak tagihkan simpati kamu.
Orang kaya semuanya cilaka.

Sedang aku tangis kemarahan, muncul satu bayang.

Aku beranikan diri, tidak melarikan diri. Aku mahu tahu apa itu. Saat ini hidup itu bukan kepentinganku lagi.

Siapa
Tegurku.

Diam. Diam tidak berjawab.

Khuatir. Saat bayang itu muncul semua seakan takut. Sunyi melarikan diri. Kelilingku, mati.

Kamu, mahu apa? 

Suara yang tidak pernahku dengar. Lain suara ini. Lain dari manusia biasa. Aku kaku, kakiku beku.

Aku,
Aku punya anugerah.
Anugerah yang ajaib.
Ajaib yang mampu memakbulkan hajat.
Hajat yang kamu pinta.

Aku kembali seperti biasa,

Aku,
Aku inginkan kekayaan.
Kekayaan yang mampu membuatkan sekalian manusia cemburu.

-Jawabku

Bayang itu tersenyum – mungkin. Tapi aku dapat rasakan dia gembira.

Dalam suara yang menggoyangkan jiwa dia menjawab –
Baiklah.


Pagi muncul,

Aku mengusap mata. Masih lagi mamai dari mimpi semalam. Cilaka betul. Aku mahukan mimpi semalam menjadi nyata.

Lihat sekeliling.

Apa ini?

Ini bukan rumahku. Ini bukan katil ku. Aku tidak pernah punyai katil. Aku dimana?

Seorang perempuan merapati aku, ujarnya aku ini teman lelaki dia. Apa?

Kemudian otakku berfikir, mungkin semalam bukan mimpi. Mungkin inilah realiti.

Gembira.

Kini aku bergelar Tuan. Tuan pada manusia lain. Tuan kepada manusia yang rendah tahapnya. Kini akulah cilaka. Akulah orang kaya cilaka. Tapi aku gembira. Senyumku lebar sepanjang hayatku.

Kereta, jentera inilah yang aku inginkan. Sebelum ini aku hanya berkesempatan menaikki bas. Berhimpit setiap pagi dan petang. Demi mencari rezeki untuk aku hidup.
Paling cilaka ialah aku tidak dapat peluang untuk membawanya. K
erana aku punyai manusia yang memandu kereta ini untuk aku.
Sampai disebuah menara. 
Inikah menara yang pernah aku kerja dahulu? Ya, tetapi aku disini bukan sebagai kuli, tapi sebagai cilaka yang duduk dikerusi bersalut kulit. 
Tidak membuat apa-apa. 
Tidak perlu mengangkat walau satu jari pun untuk sesuap nasi.

4 dekad aku menjalani hidup sebagai Tuan. Wanita bertukar ganti. Tawa aku memikirkan. Menjadi seorang yang cilaka amat menyeronokkan.

Tapi,

Kesoronokkan itu berhenti.

Kedengaran bunyi tembakan diluar kereta aku. Apa yang sedang berlaku?

Aku lihat dengan lebih teliti, itu manusia yang memandu kereta aku. Berlumuran darah. Rebah jatuh ke lantai. Darah jelas kenampakkan dicermin hadapan kereta aku.

Apa yang harus aku lakukan. Patut aku lari? Patut aku duduk diam sahaja?
Sekali lagi, aku kaku, kakiku beku.
Seronok?

Suara ini. Suara ini pernah aku dengar dulu.

Seronok bukan?
Bukankah ini yang kamu mahu?

Aku menangis. Menjadi seorang cilaka bukanlah takdirku. Aku kesal, ianya sudah terlambat.


“Diam, aku mampu terbalikkan semua.
Aku punyai anugerah yang ajaib
Ajaib yang mampu menafikan masa.”

BAIK- Jeritku

Tolong, tolonglah. Sekarang ini hanya nyawa aku sahaja yang aku mahu—

Rayu aku. Tangis tidak berhenti.

“Tapi aku akan ambil sesuatu,
Sesuatu yang kamu punya,
Punya tapi tiada”

Aku keliru dengan permintaan dia. Tapi saat ini, aku tidak mempedulikan apa-apa.
Jadi aku terima.


Hujan.

Hujan menandakan hari yang kembali sepi.
Aku terdiam. Terdiam dihadapan khalayak ramai yang hadir.
Hadir untuk apa?

Untuk mengkebumikan ibu bapaku.

Hujan membasahiku. Tangis tidak lagi bermakna.
Hidup kembali sepi,
Sepi seperti dahulu.


Cilaka.

No comments:

Post a Comment

Pretty face and electric soul