Friday, August 2, 2013

Tolong , maafkan aku, Tuhan ....


"Apa yang aku dah buat ni?" 
"Apa silap aku? Dimana salah aku?"
"Tak mungkin, aku dah mengatasi Tuhan !"- Kata Hendrick diatas beranda kondo beliau.


Hendrick Heinemann , seorang lelaki berumur 36 tahun yang sekarang sedang berkerja di syarikat penyelidikan ubatan moden. Hendrick juga seorang atheist tegar yang tidak langsung kewujudan tuhan. Dia rasa 'tuhan' itu hanyalah satu medium utk orang yang lemah bergantung pada harapan . Tidak dinafikankan , Hendrick mmg seorang yang kuat dan cekal . Kalau tak, takkan boleh masuk syarikat ubatan terkenal di New York. 

Tiga bulan sebelum ini dia telahpun siap kajiannya tentang virus yang merosakkan tubuh badan atau rongga-rongganya manusia, atau lebih dikenali dengan nama 'kanser'. Dia telah lengkapkan satu formula yang begitu sempurna utk menangani virus tersebut. Begitu sempurna sehingga dia yakin formula yang dia buat itu mengatasi segala 'pautan' manusia terhadap 'tuhan'. Dia , dengan tidak sabarnya mengumumkan formulanya itu kepada khalayak ramai.

Dengan itu, Hendrick, dinobatkan hadiah Nobel untuk orang yang mengkaji ubat baru yang boleh menyelamatkan ribuan nyawa orang. Dia angkuh dengan dirinya, dia merasakan diri dia berada ditingkat atas sekali didalam bumi ini. Merasakan diri dia tidak layak utk diletakkan bersama manusia-manusia biasa ini. Hendrick, seorang lelaki yang dulunya dibuli dan dicaci kerana kepandaiannya yang dikira pada masa kecil tidak 'cool'. Kini menyelamatkan ribuan nyawa orang. 

Tapi, harini ini, dia telah sedar, sebenarnya dia telah membuat silap yang amat besar. Berdiri di atas beranda rumahnya yang berada di kondominium tingkat 27, dia melihat kebawah . Dia melihat akan kesilapannya. Ribuan manusia yang sudah tidak bernyawa lagi berkejaran sesama masing masing, memukul , menendang dan mengigit antara satu sama lain. Ya, Hendrick Heinemann , kini dikenali sebagai 'tuhan' kepada zombi. Formula yang dia hasilkan tiga bulan yang lalu, diedarkan keseluruh dunia utk membantu pesakit-pesakit kanser. Tapi, apa dia lupa utk kaji tentang formula itu ialah apakah tindakbalasnya selepas itu ? Apakah 'After-effect' nya ? Formula yang dihasilkan juga adalah virus yang direka khas utk meningkat kan anti-body manusia sehingga tahap manusia tersebut tidak tahan dan mati. Tetapi, hanya roh sahaja yang perg. Jasadnya, atas sebab tiada roh utk mengawalnya, bertindak aggresif terhadap apa sahaja yang bergerak diselilingnya. Juga, yang paling teruk ialah, virus tersebut merebak melalui sentuhan, peluh, air liur, darah, semua itu adalah medium utama untuk virus tersebut merebak dan mengjangkiti orang yang lain. Tiada immuniti, tiada penawar.

Hendrick Heinemann, pemenang anuegerah Nobel. Punca kepupusan segala hidupan didunia, kini sedang termenung diatas beranda konda beliau. Tolong maafkan aku , Tuhan - Kata Hendrick sebelum manamatkan riwayat beliau dengan menerjun dari beranda kondo tersebut. 




Tolong , maafkan aku, Tuhan .... 

Pretty face and electric soul